Perkongsian Dari Meja Zairy AlTaj



MENGAPA PERLU MEMBELI PRODUK YAHUDI YANG MENYUMBANG KE ZIONIS ISRAIL UNTUK PEMBUNUHAN KANAK KANAK ISLAM DI GAZA SEDANGKAN PRODUK ORANG ISLAM YANG MENYUMBANG KEBAIKAN KANAK KANAK ANAK YATIM MAAHAD TAHFIZ ADA!!!!

Sebenarnya pasaran dikalangan orang-orang Islam sendiri amat besar dan mempunyai potensi besar keatas produk-produk sedia ada untuk dipasarkan. Disini saya Zairy AlTaj ingin berkongsi keistimewaan Produk Top Koko ini kepada anda. Insha Allah, Apabila anda telah menikmati akan kelazatannya dan dapat menyerap khasiatnya untuk kesihatan anda maka anda boleh lah membuat perkongsian pengalaman tersebut dengan rakan-rakan dan saudara mara. Dengan secara tidak langsung ia akan memberikan sumbangan kepada pendapatan anda. Jangan lah ragu-ragu untuk mencubanya.


Top Koko adalah produk minuman berkhasiat keluaran syarikat AR-Riyaadah Marketing yang dihasilkan bersama campuran-campuran makanan sunnah Rasulullah s.a.w iaitu kurma dan madu. Minuman ini telah dipermudahkan kepada semua pengguna agar pengguna dapat manafaat kebaikan bahan-bahan tersebut setiap hari tanpa perlu berasa was was kerana ianya produk 100% milik orang Islam.


Syarikat: Ar-Riyaadah Marketing diasaskan oleh Ustaz Ahmad Husam bin Dato’ Paduka Syeikh Muhamad Baderudin pada tahun 2012 dan beliau merupakan anak kepada Mufti Kedah ini juga adalah pengetua Ma’ahad Tahfiz Ar-Riyaadah dan juga YDP Yayasan Ar-Riyaadah..

 OBJEKTIF     

1.         Memperluaskan lagi produk makanan sunnah dan halal.
2.         Menyediakan peluang meningkatkan ekonomi kepada masyarakat dan Ummah.

Jenama TOP adalah singkatan kepada perkataan Tolong Orang Pondok. Di iktiraf oleh IMP dan mempunyai perakuan Sijil Halal yang Sah. Koko, kurma dan madu adalah bahan utama yang digunakan didalam penghasilan produk Top Koko ini. Istimewanya produk ini, Koko ini telah di RUQYAH membuatkan amalan meminum Top Koko setiap hari akan memberikan anda banyak kelebihan dan kebaikan untuk kesihatan anda.
MADU

“Keluar dari perut lebah minuman madu yang pelbagai warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia” – (Surah An-Nahl ayat 69)

Madu lebaih berfungsi sebagai antioksida yang baik untuk kecantikan kulit serta anti fungi dan berkhasiat untuk tubuh badan. Madu juga berupaya membaik pulih tisu badan dan menjaga tahap kandungan kalsium didalam badan. Faktor sebagai anti bakteria adalah yang terbaik dalam merawat penyakit-penyakit berkaitan dengan jangkitan selain sebagai antibiotik semulajadi kurniaan Allah s.w.t – sewajarnya di gunakan sepenuhnya oleh kita semua.

KURMA

Kurma dengan zat besi adalah sangat sesuai bagi orang yang mengalami masalah anemia atau masalah kekurangan sel darah merah. Kandungan salasilat (sejenis zat yang menyerupai aspirin) dalam kurma didapati boleh bertindak seperti ubat kerana ia mampu mencegah pembekuan darah, bertindak sebagai anti keradangan dan menurunkan tekanan darah. Malah ia juga boleh menjadi ubat penahan sakit dan demam. Kurma juga kaya dengan protein, serat, glukosa, vitamin A & C, sodium serta potassium. Potassium didalam kurma penting untuk sistem saraf yang berfungsi merangsang daya ingatan dan meningkatkan sistem pertahanan badan. Selain dari itu juga kurma dapat membantu proses pembesaran, merangsang minda kanak-kanak serta perkembangan otak bayi.

KOKO

Koko apabila dicampur dengan susu dan gula akan menjadikan minuman yang berkhasiat, manakala theobromine dan kafein (masing-masing lebih kurang 2 peratus dan 0.1 peratus dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang selain sebagai minuman panas. Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dengan adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku didalam perut. Kesan antioksida adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavonoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin yang merupakan kumpulan kandungan kimiayang memberikan tindakan antioksida yang kuat.

Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan. Daripada kajian, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian diJepun menunjukkan bahawa polyphenols dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

Koko melambatkan proses penuaan. Pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida.

KHASIAT

1. Mencerdaskan minda, amat sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan juga mempuyai unsur vitamin B yang sangat kompleks. Terbaik untuk anak-anak dimasa pertumbuhan.
2. Membantu mengurangkan risiko diserang penyakit jantung, membantu menguatkan tulang dan gigi serta memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
3. Melambatkan proses penuaan (kulit kendur).
4. Membantu mengatasi masalah sembelit.
5. Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
6. Anti stress.
7. Amat baik sekali untuk ibu-ibu yang hamil bagi meredakan masalah mabuk dan menguatkan semangat mereka.
8. Mengatasi masalah cirit-birit.
9. Membantu merawat masaalah keputihan pada kaum wanita.
10. Mengurangkan gejala-gejala kepanasan, perpeluhan dan debaran berlebihan ketika menghampiri monopos.
11. Mengatasi masalah nafas berbau.
12. Mencantikan dan menambahkan seri pada kulit kerana ia dapat menghidupkan sel-sel kulit dan memberi kelembapan asli pada kulit.
13. Meningkatkan daya tahan tubuh.
14. Melegakan pedih hulu hati.
15. Mengembalikan kekuatan tubuh badan.
16. Membersih dan menambah darah.
17. Mudah dan cepat diserap oleh badan.
18. Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat serta dapat membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau seorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
19. Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
20. Amat berkesan bagi menenangkan tubuh badan dan akal fikiran.

SAMBIL MINUM MINUMAN SUNNAH
SAMBIL BERSEDEKAH SAHAM AKHIRAT

Sebahagian dari pada keuntungan jualan produk keluaran syarikat AR-Riyaadah Marketing iaitu Top Koko ini akan di infak kedalam akaun Maahad Tahfiz AR-Riyaadah demi membantu memajukan lagi institusi pendidikan agama Islam.

Ar-Riyaadah Marketing merupakan satu cabang perniagaan yang diwujudkan untuk meningkatkan lagi tabungan demi kelangsungan Maahad Tahfiz Ar-Riyaadah.



MAAHAD TAHFIZ AR-RIYAADAH adalah Institusi Pengajian Tahfiz yang ditubuhkan pada 23 Disember 2012 bersamaan 10 Safar 1434, adalah sebahagian daripada usaha-usaha dakwah yang diperjuangkan oleh Ustaz Ahmad Husam Bin Dato’ Paduka Syeikh  Muhamad  Baderudin yang merupakan pengasas dan pengetua madrasah dalam memastikan anak-anak terutama anak-anak yatim dapat belajar dalam suasana yang selesa. Ia dibina diatas tanah milik keluarga beliau yang berkeluasan 1.5 ekar di Kampung Hutan Palas, Kodiang bersebelahan dengan Maktab Pengajian Islam Kedah dengan dana berjumlah RM300,000.00.

 
Matlamat penubuhan Maahad Tahfiz Ar-Riyaadah adalah bertujuan untuk membimbing generasi baru kearah berjiwa Al-Quran disamping mendidik mereka menjadi generasi yang berilmu, beriman, berakhlak mulia serta bertakwa. Maahad Tahfiz Ar-Riyaadah bukan bermatlamatkan keuntungan dan kejayaan duniawi semata-mata malah penubuhannya adalah untuk membuktikan institusi pondok mampu melangkah lebih jauh dengn menampilkan sebuah institusi yang berkonsepkan moden, selesa dan berwawasan.


Adalah menjadi harapan dan impian untuk melihat perjalanan institusi ini berjalan dengan lancar dan teratur. Alhamdulillah, hari ini terdiri megah sebuah bangunan dua tingkat yang telah berjaya di siapkan untuk kegunaan pelajar-pelajar. Walaupun masa yang diambil agak panjang namun usaha gigih yang tidak pernah berhenti sebenarnya akan membuah kejayaan. Terdapat seramai 20 orang anak-anak yatim yang sedang belajar di Maahad Tahfiz ArRiyaadah sekarang ini.

Alamat: Ma’ahad Tahfiz Ar-Riyaadah, Kg. Intan Palas, Batu 2 Jalan Changloon, 06100 Kodiang, Kedah Darul Aman.

DAPATKAN TOP KOKO SEKARANG!!

HARGA 1 PACK TOP KOKO (1KG)
SEMENANJUNG MALAYSIA RM25.00
SARAWAK / SABAH RM35.00

UNTUK PEMBELIAN DAN PERTANYAAN BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT PRODUK INI, SILA HUBUNGI SEGERA DI TALIAN   
019-5199818


 INGIN SERTAI TEAM WAKIL JUALAN ?

Dalam memajukan lagi ummah, saya melihat bidang perniagaan ini mempunyai potensi besar malah ia boleh di jayakan jika kita sama-sama mengembleng usaha demi memajukan ekonomi umat islam khususnya dan dapat disertai oleh semua golongan dengan niat untuk berjihad meningkatkan  lagi ekonomi umat islam.

Oleh itu saya amat mengalu-alukan anda semua agar dapat memanafaatkan produk Top Koko yang telah di keluarkan dengan hasil produk yang berkualiti dan terbaik yang telah melalui suatu pengkajian dan standard yang tinggi disamping ramuan-ramuan yang semestinya anda yakini.

Semoga segala perkongsian yang telah curahkan ini akan dapat sama-sama kita jayakan demi kemajuan ummah. Anda boleh ikuti produk dan aktiviti seterusnya sebagai wakil jualan dengan menghubungi Bahagian Jualan TOP Koko ini di Talian 019-5199818

Sekian, Jazakallahu Kheir.

Zairy AlTaj.